Assalamualaikum wa rahmatullah...
Dalam entri kali ini kami ingin menceritakan kepada sahabat2 sekalian tentang salah sebuah aktiviti tahunan Pusat Islam dan Rakan Masjid iaitu KEMSIS. Mungkin bagi yang pernah menyertai program ini, telah faham dan arif akan matlamat dan pengisian program ini. Namun, bagi yang pertama kali mendengarnya, pasti akan timbul di benak fikiran...KEMSIS... apa itu kemsis? menarik ke? apa manfaatnya?
ok.. KEMSIS adalah singkatan daripada Kem Kembara Mahasiswa yang merupakan kem tahunan kami. Kemsis adalah sebuah program bersifat membina jatidiri mahasiswa islami yang berbentuk 'outdoor'. Di dalam kem ini, kami membuka tawaran penyertaan kepada pelajar-pelajar tahun 1 program ijazah dan diploma. Hal ini kerana sesuai dengan salah satu matlamat program ini iaitu untuk memantapkan rohani dan jasmani mahasiswa/mahasiswi bagi menghadapi kehidupan kampus. Maklumlah, umum sedia maklum kehidupan kampus ni sangat mencabar dan berbeza dengan kehidupan di zaman sekolah. Kalau zaman persekolahan dulu, setiap gerak geri kita akan dipantau oleh guru-guru dan ibu bapa. Namun, alam kampus tidak menjanjikan semua itu. Bukan sahaja tiada lagi guru-guru yang akan memantau pergerakan kita setiap masa, malah ibu bapa juga jauh nun di kampung halaman. Maka tinggallah pelajar menjalani kehidupan kampusnya yang penuh dugaan. Tersilap langkah bakal membawa padah. Oleh itu, kami mengambil inisiatif menganjurkan sebuah program yang membantu mengukuhkan jatidiri mahasiswa/mahasiswi supaya tidak goyah dengan liku hidup alam universiti.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini menyajikan kepada para peserta aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja lasak, menyeronokkan dan menguji minda, malah memberi manfaat yang hebat kepada diri para peserta, insyaAllah..Dengan dibantu oleh barisan fasilitator dari Rakan Masjid, kami menjanjikan (dengan izin Allah jua) kepada para peserta sebuah pengalaman yang pasti berbekas di dalam hati dan terpahat di dalam memori mereka.
Antara objektif penganjuran Kemsis adalah :
1. Memantapkan
rohani dan jasmani mahasiswa/i UTHM
dalam menghadapi situasi
kehidupan kampus yang semakin mencabar khususnya kepada mahasiswa/i baru.
2. Mewujudkan
hubungan ukhuwah yang mesra dan akrab dikalangan mahasiswa/i dengan staf Pusat
Islam.
3. Memberi
ruang dan panduan kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dan bersosial selari
dengan tuntutan syariat.
4. Membentuk
mahasiswa/i yang mampu menjalankan kegiatan akademik dan organisasi secara
berkumpulan.
5. Membantu
melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai nilai sahsiah dan akhlak serta akal budi
yang tinggi.
Alhamdulillah... sehingga hari ini penganjuran Kemsis masih diteruskan pada setiap tahun disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa/i. Hampir kesemua peserta memberikan komen yang positif terhadap penganjuran kem ini.
Di sini, kami sertakan beberapa foto kenangan sepanjang Kemsis yang lepas..
Menarik??? ingin tahu lagi aktiviti-aktiviti yang mencabar?? jom sertai kami!!!! Pelbagai aktiviti menanti anda!!!
~ Ayuh!!!! Bersama Kami Membina Ummah Madani~