Monday, September 2, 2013

Sejarah Penubuhan Rakan Masjid UTHM

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah atas izin dan limpah rahmatNya hasrat kami untuk melancarkan blog ini telah terlaksana. Blog ini berfungsi sebagai salah satu medium dakwah kami untuk menyuntik ruh islami ke dalam diri para pelajar UTHM khususnya dan kepada ummah sejagat umumnya dan tidak terkecuali diri kami sendiri.

Dari Abdullah bin Amru ra. Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam telah bersabda:

" sampaikan pesanku walaupun sepotong ayat". Lantaran pesan kekasih Allah ini, kami mengambil inisiatif menggunakan blog dalam menyebarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah. Mudah-mudahan menjadi wasilah cinta ummah.

Pengenalan Rakan Masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (rm uthm)

Rakan masjid Uuniversiti Tun Hussein Onn Malaysia merupakan sebuah unit di bawah Pusat Islam UTHM. Walaubagaimanapun, di awal penubuhannya, unit ini telah ditubuhkan atas nama Jawatankuasa Teman Pusat Islam (JTPI). JTPI telah ditubuhkan pada tanggal 3 Mac 2005 dan berpegang pada moto " Janji Taat Patuh Illahi".

Logo JTPI



Bermula Januari 2010, JTPI dikenali sebagai Rakan Masjid UTHM.

Logo RM UTHM



Visi

Berazam untuk membentuk masyarakat kampus yang holistik dan seimbang selaras dengan visi dan misi universiti.


Misi

Merealisasikan visi dan misi Pusat Islam untuk mendidik dan memimpin warga kampus supaya bertaqwa dan berakhlak mulia untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi melalui penyebaran, penghayatan dan pengukuhan ilmu, iman serta amal soleh berteraskan al-Quran dan as-sunnah.


Objektif

1. Membantu Pusat Islam secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program-program yang dirancang oleh pengurusan Pusat Islam. 

2. Menjadi platform yang dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pihak Pusat Islam.

3. Membantu dalam melahirkan pelajar yang berketerampilan dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

4. Bersama-sama membantu dalam mengimarahkan masjid demi menjaga kesucian dan kemurnian Masjid UTHM khasnya dan surau-surau desasiswa khasnya.

5. Bersama-sama membina keterampilan diri dan pengurusan organisasi yang mantap bagi pengorganisasian Rakan Masjid.

6. Berusaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik dan sahsiah serta menjadi 'role-model' kepada pelajar-pelajar lain.

Semoga usaha kerdil ini diredhai oleh Allah. Wallahu a'lam..


No comments :

Post a Comment